Spiga

PENTERNAK DAN PEMBEKAL BAKA KAMBING BOER

Kami adalah penternak dan pembekal baka kambing boer, saanen, kalahari dan jamnapari di Kelantan

Lembu Charolais

Setelah dekat dua tahun dok bela kambing ni, nampak gayanya bela kambing susah juga nak dapat untung. Ramai dah juga kawan-kawan kita yang dah give-up dengan projek kambing ni. Walau macamana pun saya tak give-up lagi, cuma boring sangat tunggu hasil kambing ni, maka saya cubalah hobi baru ni, bela pulak lembu baka Charolais. Bukan apa, saja buat sedap mata pandang, boring dok tengok kambing je...
Kawan kita sorang kat pagoh tu bela ayam serama dan ayam api, katanya saja nak main-main. Sorang lagi kawan kita kat melaka tu pulak dok main-main basuh kain baju di kedai dobinya. Dengar cerita pun dah tak larat dah jugak... letih main dengan kain baju ni, nak main trading barang cina pulak (import barabg dari cina).


Ni adalah antara dua ekor Charolais saya. Lembu Charolais saya ni belum sampai dua tahun lagi umurnya, beli tahun lepas dengan harga RM2.8K sekor. Sekarang ni dah ramai orang dok mintak nak beli, tapi saja tak nak jual lagi, nak tengok berapa besar dia boleh grown-up. Tapi kalu ada yang bagi offer prize baik punya let go jugak lah... Macam kata kawan kita sorang tu... `Aku bukan saja kambing, kandang kambing pun kalau orang nak beli, aku jual'..... maka merajuklah kambing-kambingnya, monyok semua kambingnya. Pejantan yang dulu beli dengan harga RM7K pun dah nampak macam kambing kampung je....

DNR CUBA TERNAK IKAN PATIN KOLAM

Pada awal bulan lepas DNR Agrobiz telah mengorak langkah untuk cuba ternak ikan patin. Dua buah kolam sedia ada di belakang kandang kami dibersihkan. Sebanyak 20,000 ekor anak ikan patin telah dimasukkan ke dua buah kolam kami. Walaupun bertarung dengan pelbagai musuh seperti burung bangau, pucung, burung hantu, biawak, ular dan macam-macam lagi, nampaknya anak-anak ikan dapat juga membesar. Harapnya burung dan biawak ni bertimbang rasa lah sikit dan tinggalkan sikit untuk kami. Dah sebulan ikan-ikan ni di kolam, saiznya dah mencapai 8 inci, kira cepat jugalah ikan ni membesar. Harapan kami bulan november atau disember nanti kami dapat harvest lah patin ni.

ANAK KAMBING SUMBING

Pada bulan lepas beberapa ekor kambing boer kami telah melahirkan anak. Ditakdirkan tuhan kami dapat sekor anak kambing istimewa, anak kambing mulut sumbing. Badannya boleh tahan, cantik jugak le. Kelahiran kali ni kami pakai pejantan kalahari, jadi semua anak-anak yang keluar warna coklatnya agak pekat, kehitaman. Tapi sayang anak kambing sumbing ni tak panjang umur dia, tak sampai sebulan pun umurnya. Sayang sungguh...Punca kematian tak diketahui, mungkin tak cukup susu kerana mulut nya yang macam tu, tak dapat nak hisap susu dengan sempurna agaknya.

`AMIN'- Penyambut Tetamu / `Jaga' Diladang Kami

Rottweiler kami, si Amin dah besar panjang sekarang ni. Walau camnapun umurnya tak sampai setahun lagi, jadi perangai budak-budak tu masih ada lagi, nak main dengan semua orang. Kecuali orang tu betul-betul orang yang dia tak kenal, baru le dia tenung dengan garang dan tak bagi orang dekati dia. Muka Amin ni tak berapa friendly le membuatkan orang gerun pada dia. Jadi buat masa sekarang ni kami tambat dia jauh-jauh, jaga rumah burung..
Mulanya dulu Amin ni namanya Awe. Kami tukar namanya kepada Amin ambik sempena nama pekerja indon kami yang berenti kerja kerana pemalas dan tak sanggup berkerjasama dengan awe untuk jaga kambing-kambing kami ni. Sekarang ni kami ada pekerja baru, takle rajin mana, tapi boleh le daripada takde pekerja. Cuma kita ni nak kena rajin le sikit.... rajin tengok, rajin suruh, rajin bebel dan rajin marah...baru le kerja berjalan lancar. Hasil kerja yang boleh bangga sikit dengan pekerja indon kami yang namanya `Kiki' ni, rumput napier india yang dia tanam nampak subur dan cantik. Tu pun puas bersuruh bubuh baja taik kambing..

LANDAK RAYA DAN NANGKA MADU

Pada minggu lepas saya pergi melawat seorang kawan yang menjalankan projek penternakan landak raya di Melaka. Pengusaha ini agak kedepan sedikit dalam bidang pertanian ni. Dia ada jalankan macam-macam projek pertanian seperti pengeluaran baja organik, penternakan rusa, ladang pittaya dan yang terbaru, ternak landak dan nangka madu secara komersial.
Beliau dah ada lebih kurang 100 ekor landak sekarang ni dan dalam proses untuk menambahkan lagi bilangan induknya. Bela landak ni agak sukar sedikit kerana benda baru dan banyak perkara perlu dipelajari, kata Mr. chua, pengusaha landak ni. Cabarannya memang besar, dari nak dapatkan lesen, baka sehinggalah nak biakkannya, semuanya susah. Tapi pulangannya lumayan bila berjaya nanti..Kepada sesiapa yang berminat untuk membela landak ni barang diingat, ianya binatang liar yang diperlindungi, perlu mendapat permit khas untuk memelihara landak dari Jabatan PERHILITAN. Jabatan PERHILITAN memang menggalakkan pengusaha yang berminat mengusahakan penternakan secara kormersial, nak main-main, suka-suka tak boleh...
Mr. Chua juga mengusahakan penanaman nangka madu CJ30 diladangnya seluas 3 ekar. Menurutnya nangka mempunyai ni mempunyai potensi dan nilai komersial dan amat menguntungkan. Mengikut congakan beliau yang mempunyai 700 batang pokok nangka madu ni, menganggarkan boleh memberi pulangan sekitar RM300,000.00 setahun bila mengeluarkan hasil apabila pokok berumur 2 tahun nanti. Saya tanya dia macamana cara kira tu. Katanya nangka berbuah sepanjang tahun, tempoh matang dari putik hingga buah masak 3 bulan. Ambil pada kadar paling minina 2 biji semusim sepokok, bermakna nangka mengeluarkan 8 biji sepokok setahun. Buah nangka beratnya anggaran 20 kilo sebijik dan harga pemborong RM2.50 sekilo...belum kira harga export lagi tu. Lu kira la sendiri hasilnya..dekat RM300K tu...
Kita ni penternak kambing, kalau ada tanah memang sesuai benar le tanam nangka ni. Daun nangka kambing suka, kandungan protin pun tinggi. Tak dapat buah nangka pun tak pe, daun nangka kambing pun dah untung dah. Kat Siam nangka kering/ kerepek nangka memang sedap. Pernah minum air gelas besar di Kuala Terengganu.. sedap oii, gelas 1liter minum buleh habis sorang...Paling tak buleh buat apa, gulai je nangka putik tu, kira gulai landak le tu...Jom kita pakat tanam nangka keliling kandang kambing pulak...