Spiga

PENTERNAK DAN PEMBEKAL BAKA KAMBING BOER

Kami adalah penternak dan pembekal baka kambing boer, saanen, kalahari dan jamnapari di Kelantan

Ketibaan 20 Ekor Boer Dari Australia
















Akhirnya 20 ekor kambing boer yang di tempah melalui Dusun Agro telah tiba pada 24 Disember 2008 lepas setelah terseksa menunggu hampir 2 bulan. Walau bagaimanapun terima kasih diucapkan kepada Sukor Musa kerana kambing yang sampai memuaskan hati saya. 20 ekor tersebut terdiri daripada 1 fullblood buck, 1 fullblood doe dan 18 purebreed does.

6 Ekor Jamnapari dari Al Barakah tiba di kandang kami

Jamnapari berkuali dari ladang Al Barakah, Nilai yang terkenal dan kualiti baka jamnapari nya. Kepada yang berminat, bolehlah melawat dan melihatnya sendiri di ladang kami.





Boer does F6(purebreed) yang baru 2 minggu tiba di ladang kami dari Ladang Chevredor, Australia


Pejantan fullbood baru berumur 1 tahun dan does purebeed di belakang



Projek Kambing Boer Kelantan

DNR AgroBiz memulakan penternakan kambing boer dengan membeli 10 ekor induk boer F4 dan seekor pejantan fullblood dari ladang D'Kebun Pulau Meranti, Puchong, Selangor.








Kandang kambing bersaiz 24x50 kaki dibina dengan kos RM20k




Pejantan fullblood dan betina f3/f4 yang sudah bunting dibeli dari D'Kebun, Puchong

Projek Burung Layang-Layang







Projek rumah burung layang-layang telah dimulakan Mac tahun 2008 dan siap sepenuhnya pada Jun 2008. Bangunan bersaiz 20 x 30 kaki dengan ketinggian 3 tingkat dibina dengan khidmat nasihat pengusaha dari Indonesia dan juga komen dan nasihat pengusaha tempatan.

DnR Agrobiz

DNR AGRO-Biz mula beroperasi pada Mac 2008 dan beralamat di Lot 1530 Kampung Teluk Kemunting, Bachok, Kelantan. Projek pertama kami adalah sebuah rumah burung walet bersaiz 30 x 20 kaki dengan ketinggian 3 tingkat. Pada Oktober 2008 kami mula membina sebuah kandang kambing bersaiz 24 x 50 kaki untuk mengusahakan penternakan kambing baka boer dan jamnapari. Matlamat kami adalah mengeluarkan baka-baka kambing boer dan jamnapari berkualiti tinggi untuk dibekalkan kepada penternak-penternak di wilayah pantai timur - ECER.



Pejantan Fullblood kami



Rumah burung walet semasa baru mula beroperasi

Kandang kami siap pada Oktober 2008, kos keseluruhan RM20k




Contact

Alamat Ladang:

DNR AGRO-BIZ ENTERPRISE
Lot 1530 Kampung Teluk Kemunting
16020 Bachok, Kelantan
Email:
dnragrobiz@gmail.com
Handphone: 013-9728608 (Shamsudin Othman)

019-6837088 (Rahim)