Spiga

PENTERNAK DAN PEMBEKAL BAKA KAMBING BOER

Kami adalah penternak dan pembekal baka kambing boer, saanen, kalahari dan jamnapari di Kelantan

CARA PENGIRAAN PERCENTAGE BAKA BOER

Mantan Timbalan Menteri Pertanian Melawat Ladang DNR Agro-Biz



Pada 28 Dis. 2008 yang lepas, Mantan Timbalan Menteri Pertanian, Dato' Seri Hj. Mohd Shariff Omar telah sudi melawat kandang kami di Kg. Teluk Kemunting, Bachok. Dato' Seri juga merupakan peminat kambing boer serta bijak menilai kesihatan dan kualiti kambing ini. Dato' Seri memuji kambing-kambing kami yang baru beberapa hari sampai dari Australia. Dato' Seri meluangkan masa hampir satu jam di kandang kami dan telah memberi pelbagai tip, dorongan dan sokongan kepada kami supaya meneruskan usaha penternakan ini. Terima kasih kami ucapkan di atas kesudian Dato' seri. Terima kasih juga kami nak ucapkan kepada kawan baik saya, En. Saadon Yahya yang telah menceritakan dan membawa Dato' Seri Shariff ke ladang kami.