Spiga

PENTERNAK DAN PEMBEKAL BAKA KAMBING BOER

Kami adalah penternak dan pembekal baka kambing boer, saanen, kalahari dan jamnapari di Kelantan

LANDAK RAYA DAN NANGKA MADU

Pada minggu lepas saya pergi melawat seorang kawan yang menjalankan projek penternakan landak raya di Melaka. Pengusaha ini agak kedepan sedikit dalam bidang pertanian ni. Dia ada jalankan macam-macam projek pertanian seperti pengeluaran baja organik, penternakan rusa, ladang pittaya dan yang terbaru, ternak landak dan nangka madu secara komersial.
Beliau dah ada lebih kurang 100 ekor landak sekarang ni dan dalam proses untuk menambahkan lagi bilangan induknya. Bela landak ni agak sukar sedikit kerana benda baru dan banyak perkara perlu dipelajari, kata Mr. chua, pengusaha landak ni. Cabarannya memang besar, dari nak dapatkan lesen, baka sehinggalah nak biakkannya, semuanya susah. Tapi pulangannya lumayan bila berjaya nanti..Kepada sesiapa yang berminat untuk membela landak ni barang diingat, ianya binatang liar yang diperlindungi, perlu mendapat permit khas untuk memelihara landak dari Jabatan PERHILITAN. Jabatan PERHILITAN memang menggalakkan pengusaha yang berminat mengusahakan penternakan secara kormersial, nak main-main, suka-suka tak boleh...
Mr. Chua juga mengusahakan penanaman nangka madu CJ30 diladangnya seluas 3 ekar. Menurutnya nangka mempunyai ni mempunyai potensi dan nilai komersial dan amat menguntungkan. Mengikut congakan beliau yang mempunyai 700 batang pokok nangka madu ni, menganggarkan boleh memberi pulangan sekitar RM300,000.00 setahun bila mengeluarkan hasil apabila pokok berumur 2 tahun nanti. Saya tanya dia macamana cara kira tu. Katanya nangka berbuah sepanjang tahun, tempoh matang dari putik hingga buah masak 3 bulan. Ambil pada kadar paling minina 2 biji semusim sepokok, bermakna nangka mengeluarkan 8 biji sepokok setahun. Buah nangka beratnya anggaran 20 kilo sebijik dan harga pemborong RM2.50 sekilo...belum kira harga export lagi tu. Lu kira la sendiri hasilnya..dekat RM300K tu...
Kita ni penternak kambing, kalau ada tanah memang sesuai benar le tanam nangka ni. Daun nangka kambing suka, kandungan protin pun tinggi. Tak dapat buah nangka pun tak pe, daun nangka kambing pun dah untung dah. Kat Siam nangka kering/ kerepek nangka memang sedap. Pernah minum air gelas besar di Kuala Terengganu.. sedap oii, gelas 1liter minum buleh habis sorang...Paling tak buleh buat apa, gulai je nangka putik tu, kira gulai landak le tu...Jom kita pakat tanam nangka keliling kandang kambing pulak...