Spiga

PENTERNAK DAN PEMBEKAL BAKA KAMBING BOER

Kami adalah penternak dan pembekal baka kambing boer, saanen, kalahari dan jamnapari di Kelantan

Awe, Rotweiller - Bakal Penyambut Tetamu Tak Diundang Ke Ladang DNR


Beberapa minggu lepas rumah sepupu aku yang jaraknya tak berapa jauh dengan kandang aku dimasuki pencuri. Habis barang- barang kemas dan barang- barang berharga kena kebas. Hal ni buat aku tak nyeyak tidur, buatnya terlintas nak angkut kambing pula lepas ni, abis lah aku.
Kawan aku, Mr. Tan dari Melaka cadangkan aku lantik sorang jaga. Dia cadangkan aku ambik sekor anak rotweiller yang dia breed untuk dijadikan jaga yang paling setia dan boleh menakutkan tetamu-tetamu tak di undang ni. Kalu kat Australia dia orang punya farm manager anjing je, tapi aku akan lantik Awe ni sebagai jaga cukuplah. Rotweiller ni aku manakan Awe, bukan Awie tau..., Awe. Awe ni baru berumur 2 bulan je, jadi sekarang ni tak boleh harap lagi. Aku tengah dok latih dia la sekarang ni supaya boleh jadi jaga yang boleh diharapkan.
Masa aku bawak balik Awe minggu lepas, ramai sungguh orang-orang kampung yang datang tengok. Sebelum ni aku bawak balik kambing berlori-lori pun takde yang datang nak jenguk, ini bawak balik sekor rotweiller riuh satu kampung. Tapi semua yang datang, takde yang komen, cuma sekadar datang tengok dan bergurau je. kat belakang tau le. Tapi kalu adapun takde masalah, aku dah prepare dah nak jawab. Mak aku pun pada mulanya tak setuju juga dengan idea aku ni, tapi bila diterangkan niat dan matlamatnya serta dalil dan hujah, siap dng hadis dan quran sekali, akhirnya dia setuju.
Aku ingatkan aku akan jadi anak melayu kelantan pertama bela rotweiller, rupanya tidak, setelah browse kat internet, rupanya ada dah anak melayu kelantan yang bela rotweiller lebih dulu dari aku. Yang tak disangkanya rupanya pernah ada sorang ulamak besar yang bela anjing di kelantan, mengikut cerita satu laman web tu le..., kalu dia bohong, bohong jugalah aku.

Saanen Beranak - DNR dah mula jual susu kambing

Pada minggu ni 3 ekor kambing saanen kami beranak, 2 beranak tunggal dan 1 kembar. Tiga daripada 4 ekor anak tu jantan. Jadi lepas ni sapa yang dok cari baka pejantan Saanen fullblood boleh le melawat ke kandang kami.
walaupun kami sebelum ni pernah bela kambing susu, tapi saya tak pernah berpengalaman perah susu kambing. Tapi partner saya, adik saya tu memang berkemahiran dalam bidang ni le. Jadi saya ambik kesempatan untuk perah susu kambing ni. Memang susah dan memenatkan, tambah-tambah lagi perah susu kambing saanen ni, dekat setengah jam perah pun susunya tak habis-habis. Mengikut time saya le, adik saya perah kejap je... Susu kambing saanen ni memang banyak banyak seekor kami dapat 3 liter, tu pun tak perah habis kerana tinggalkan untuk anak dia. Itu pun kami cuma bagi makan napier saja, kalu jaga pemakanannya spt bagi hampas soya atau soya hull, pasti lagi banyak susunya.
Susu kambing ini kami botolkan dalam 250ml dan dijual pada harga RM5.00 sebotol. Ni kira harga promosi le tu di peringkat permulaan. Lepas ni kita jual pada harga serupa orang ramai jual le. Pelawat yang datang pada belah pagi atau petang, masa kami tengah perah kita bagi minum free, kasi rasa susu kambing segar. Lepas ni boleh le kita hidangkan pelawat dengan `susu kambing ghairah malam' atau `susu kambing janda muda', rahsia baru yang bisa mengalahkan tongkat ali dan kacip fatimah......
Kambing-kambing boer yang kami bawa masuk pada akhir disember tahun lepas juga sekarang ini tengah berlumba-lumba beranak. Boleh dikatakan setiap hari ada je kambing yang beranak di kandang kami sekarang ni, dan dah ada dua tiga orang penternak yang bayar deposit booking anak-anak yang mereka berkenan. Yang gambar kat bawah ini baru berumur seminggu, ibunya F5 dah jadi milik orang, tunggu cerai susu je untuk diangkat pergi. Yang gambar bawah sekali tu berumur 3 setengah bulan, ramai yang berkenan kerana rupa parasnya boleh tahan juga. Tapi kami tak boleh jual kerana kurang aktif dan kurang sihat disebabkan cedera parah tersepit celah kandang masa baru lahir .