Spiga

PENTERNAK DAN PEMBEKAL BAKA KAMBING BOER

Kami adalah penternak dan pembekal baka kambing boer, saanen, kalahari dan jamnapari di Kelantan

CARA PENGIRAAN PERCENTAGE BAKA BOER

Mantan Timbalan Menteri Pertanian Melawat Ladang DNR Agro-Biz



Pada 28 Dis. 2008 yang lepas, Mantan Timbalan Menteri Pertanian, Dato' Seri Hj. Mohd Shariff Omar telah sudi melawat kandang kami di Kg. Teluk Kemunting, Bachok. Dato' Seri juga merupakan peminat kambing boer serta bijak menilai kesihatan dan kualiti kambing ini. Dato' Seri memuji kambing-kambing kami yang baru beberapa hari sampai dari Australia. Dato' Seri meluangkan masa hampir satu jam di kandang kami dan telah memberi pelbagai tip, dorongan dan sokongan kepada kami supaya meneruskan usaha penternakan ini. Terima kasih kami ucapkan di atas kesudian Dato' seri. Terima kasih juga kami nak ucapkan kepada kawan baik saya, En. Saadon Yahya yang telah menceritakan dan membawa Dato' Seri Shariff ke ladang kami.




Ketibaan 20 Ekor Boer Dari Australia
















Akhirnya 20 ekor kambing boer yang di tempah melalui Dusun Agro telah tiba pada 24 Disember 2008 lepas setelah terseksa menunggu hampir 2 bulan. Walau bagaimanapun terima kasih diucapkan kepada Sukor Musa kerana kambing yang sampai memuaskan hati saya. 20 ekor tersebut terdiri daripada 1 fullblood buck, 1 fullblood doe dan 18 purebreed does.

6 Ekor Jamnapari dari Al Barakah tiba di kandang kami

Jamnapari berkuali dari ladang Al Barakah, Nilai yang terkenal dan kualiti baka jamnapari nya. Kepada yang berminat, bolehlah melawat dan melihatnya sendiri di ladang kami.





Boer does F6(purebreed) yang baru 2 minggu tiba di ladang kami dari Ladang Chevredor, Australia


Pejantan fullbood baru berumur 1 tahun dan does purebeed di belakang



Projek Kambing Boer Kelantan

DNR AgroBiz memulakan penternakan kambing boer dengan membeli 10 ekor induk boer F4 dan seekor pejantan fullblood dari ladang D'Kebun Pulau Meranti, Puchong, Selangor.








Kandang kambing bersaiz 24x50 kaki dibina dengan kos RM20k




Pejantan fullblood dan betina f3/f4 yang sudah bunting dibeli dari D'Kebun, Puchong