Spiga

PENTERNAK DAN PEMBEKAL BAKA KAMBING BOER

Kami adalah penternak dan pembekal baka kambing boer, saanen, kalahari dan jamnapari di Kelantan

KETIBAAN KAMBING SAANEN DAN KALAHARI

Assalamualaikum semua. Lama saya tak update blog ni, bukan kerana apa, kerana tak berapa reti, nak kena bantuan kawan-kawan. Maklumle orang kampung, mana le pandai sanyat pasal blog ni.

Shipment dari Australia buat kali kedua oleh Dusun Agro telah tiba pada 11 Mac 2009 lepas. Kali ni saya order Saanen, Kalahari dan sedikit Boer F5 untuk dibawa balik ke kandang DNR AgroBiz di Bachok, Kelantan. Kepada yang berminat dengan Kambing Susu baka Saanen dan juga kambing Kalahari, bolehlah datang ke kandang kami di Kg. Teluk Kemunting, Bachok, Kelantan.





CARA PENGIRAAN PERCENTAGE BAKA BOER

Mantan Timbalan Menteri Pertanian Melawat Ladang DNR Agro-Biz



Pada 28 Dis. 2008 yang lepas, Mantan Timbalan Menteri Pertanian, Dato' Seri Hj. Mohd Shariff Omar telah sudi melawat kandang kami di Kg. Teluk Kemunting, Bachok. Dato' Seri juga merupakan peminat kambing boer serta bijak menilai kesihatan dan kualiti kambing ini. Dato' Seri memuji kambing-kambing kami yang baru beberapa hari sampai dari Australia. Dato' Seri meluangkan masa hampir satu jam di kandang kami dan telah memberi pelbagai tip, dorongan dan sokongan kepada kami supaya meneruskan usaha penternakan ini. Terima kasih kami ucapkan di atas kesudian Dato' seri. Terima kasih juga kami nak ucapkan kepada kawan baik saya, En. Saadon Yahya yang telah menceritakan dan membawa Dato' Seri Shariff ke ladang kami.




Ketibaan 20 Ekor Boer Dari Australia
















Akhirnya 20 ekor kambing boer yang di tempah melalui Dusun Agro telah tiba pada 24 Disember 2008 lepas setelah terseksa menunggu hampir 2 bulan. Walau bagaimanapun terima kasih diucapkan kepada Sukor Musa kerana kambing yang sampai memuaskan hati saya. 20 ekor tersebut terdiri daripada 1 fullblood buck, 1 fullblood doe dan 18 purebreed does.

6 Ekor Jamnapari dari Al Barakah tiba di kandang kami

Jamnapari berkuali dari ladang Al Barakah, Nilai yang terkenal dan kualiti baka jamnapari nya. Kepada yang berminat, bolehlah melawat dan melihatnya sendiri di ladang kami.





Boer does F6(purebreed) yang baru 2 minggu tiba di ladang kami dari Ladang Chevredor, Australia


Pejantan fullbood baru berumur 1 tahun dan does purebeed di belakang