Spiga

PENTERNAK DAN PEMBEKAL BAKA KAMBING BOER

Kami adalah penternak dan pembekal baka kambing boer, saanen, kalahari dan jamnapari di Kelantan

Perah Susu Saanen Pakai Milking Machine

Antara sebab-sebab orang tak suka minum susu kambing adalah kerana rasanya. Sesetengahnya itu rasa hamis, ada rasa dan bau-bau kambing sikitla, terutamanya susu kambing jamnapari. Saya yang suka susu kambing ni pun tak berapa buleh telan. Kalau saanen atau togenberg tu tak la sangat. Jadi nasihat kepada kawan-kawan yang baru bercadang nak buat projek kambing susu tu, jangan le pilih jamnapari, tak laku jual susu tu, orang taknak minum... Suplier-suplier jamnapari tu jangan le marah, ni pendapat saya je..
Sebenarnya salah satu sebab timbulnya rasa yang kurang menyenangkan ini adalah kerana penjagaan kebersihan semasa kita perah susu tu kurang dititik-beratkan. Jadi untuk mengatasi masalah ini, penggunaan mesin pemerah susu atau `milking machine' dapat mengatasi masalah ini. Disamping itu kita boleh jimat masa memerah lebih daripada setengah.
Milking machine ni taklah canggih sangat, made in china lah katakan, tapi kira oklah, senang handle; mudah guna dan mudah cuci. Cuma ianya agak besar, susah nak angkat kesana sini, tapi sapa yang kandangnya bersimen dan rata, takdak masalah kerana ada tayar.
Susu yang kami dapat dengan cara perah pakai mesin ni amat baik pasal bulu kambing dah tentu tak masuk susu punya, air tangan, peluh ketiak semua terkawal, kira-kira kebersihan susu tu terjamin lah sikit. Jadi rasa hamis pada susu kambing dapat di atasi.
Milking machine ni harganya RM2,000.00. Kalu ada kawan-kawan berminat nak pakai juga saya boleh tolong belikan. Tapi kalu tengok kepada alat ni, mana-mana yang pandai tu rasanya boleh fabricate sendiri je, simple sangat. dia tak pakai vacuum pump, tapi pakai motor untuk jalankan piston yang akan bertindak sebagai vacuum pump. Setelah kami pakai beberapa lama, kami dapati ianya lebih baik dari perah tangan, kambing pun tenang je masa proses pemerahan tu.
Harga agak mahal kalau dilihat pada barangnya yang simple tu, tapi agak murah kalau nak dibanding dengan brand dari US, Australia, UK or Turkey yang rata-rata harga dari RM5,000.00 keatas semuanya.

Awe, Rotweiller - Bakal Penyambut Tetamu Tak Diundang Ke Ladang DNR


Beberapa minggu lepas rumah sepupu aku yang jaraknya tak berapa jauh dengan kandang aku dimasuki pencuri. Habis barang- barang kemas dan barang- barang berharga kena kebas. Hal ni buat aku tak nyeyak tidur, buatnya terlintas nak angkut kambing pula lepas ni, abis lah aku.
Kawan aku, Mr. Tan dari Melaka cadangkan aku lantik sorang jaga. Dia cadangkan aku ambik sekor anak rotweiller yang dia breed untuk dijadikan jaga yang paling setia dan boleh menakutkan tetamu-tetamu tak di undang ni. Kalu kat Australia dia orang punya farm manager anjing je, tapi aku akan lantik Awe ni sebagai jaga cukuplah. Rotweiller ni aku manakan Awe, bukan Awie tau..., Awe. Awe ni baru berumur 2 bulan je, jadi sekarang ni tak boleh harap lagi. Aku tengah dok latih dia la sekarang ni supaya boleh jadi jaga yang boleh diharapkan.
Masa aku bawak balik Awe minggu lepas, ramai sungguh orang-orang kampung yang datang tengok. Sebelum ni aku bawak balik kambing berlori-lori pun takde yang datang nak jenguk, ini bawak balik sekor rotweiller riuh satu kampung. Tapi semua yang datang, takde yang komen, cuma sekadar datang tengok dan bergurau je. kat belakang tau le. Tapi kalu adapun takde masalah, aku dah prepare dah nak jawab. Mak aku pun pada mulanya tak setuju juga dengan idea aku ni, tapi bila diterangkan niat dan matlamatnya serta dalil dan hujah, siap dng hadis dan quran sekali, akhirnya dia setuju.
Aku ingatkan aku akan jadi anak melayu kelantan pertama bela rotweiller, rupanya tidak, setelah browse kat internet, rupanya ada dah anak melayu kelantan yang bela rotweiller lebih dulu dari aku. Yang tak disangkanya rupanya pernah ada sorang ulamak besar yang bela anjing di kelantan, mengikut cerita satu laman web tu le..., kalu dia bohong, bohong jugalah aku.

Saanen Beranak - DNR dah mula jual susu kambing

Pada minggu ni 3 ekor kambing saanen kami beranak, 2 beranak tunggal dan 1 kembar. Tiga daripada 4 ekor anak tu jantan. Jadi lepas ni sapa yang dok cari baka pejantan Saanen fullblood boleh le melawat ke kandang kami.
walaupun kami sebelum ni pernah bela kambing susu, tapi saya tak pernah berpengalaman perah susu kambing. Tapi partner saya, adik saya tu memang berkemahiran dalam bidang ni le. Jadi saya ambik kesempatan untuk perah susu kambing ni. Memang susah dan memenatkan, tambah-tambah lagi perah susu kambing saanen ni, dekat setengah jam perah pun susunya tak habis-habis. Mengikut time saya le, adik saya perah kejap je... Susu kambing saanen ni memang banyak banyak seekor kami dapat 3 liter, tu pun tak perah habis kerana tinggalkan untuk anak dia. Itu pun kami cuma bagi makan napier saja, kalu jaga pemakanannya spt bagi hampas soya atau soya hull, pasti lagi banyak susunya.
Susu kambing ini kami botolkan dalam 250ml dan dijual pada harga RM5.00 sebotol. Ni kira harga promosi le tu di peringkat permulaan. Lepas ni kita jual pada harga serupa orang ramai jual le. Pelawat yang datang pada belah pagi atau petang, masa kami tengah perah kita bagi minum free, kasi rasa susu kambing segar. Lepas ni boleh le kita hidangkan pelawat dengan `susu kambing ghairah malam' atau `susu kambing janda muda', rahsia baru yang bisa mengalahkan tongkat ali dan kacip fatimah......
Kambing-kambing boer yang kami bawa masuk pada akhir disember tahun lepas juga sekarang ini tengah berlumba-lumba beranak. Boleh dikatakan setiap hari ada je kambing yang beranak di kandang kami sekarang ni, dan dah ada dua tiga orang penternak yang bayar deposit booking anak-anak yang mereka berkenan. Yang gambar kat bawah ini baru berumur seminggu, ibunya F5 dah jadi milik orang, tunggu cerai susu je untuk diangkat pergi. Yang gambar bawah sekali tu berumur 3 setengah bulan, ramai yang berkenan kerana rupa parasnya boleh tahan juga. Tapi kami tak boleh jual kerana kurang aktif dan kurang sihat disebabkan cedera parah tersepit celah kandang masa baru lahir .

Kalahari Aku Dah Beranak

Seekor induk kalahari yang kami bawa masuk dari Australia pada bulan Mac 2009 (dng kerjasama Dusun Agro dan PB Ramunia) lepas telah melahirkan sekor anak jantan. berat lahirnya boleh tahan jugak, 4.5kg. Ramai dah juga kawan-kawan dok terliur tapi yang ini rasa sayang nak jual, nak tengok dulu, simpan buat baka. Yang agak pelik sikit dengan induk ini adalah walaupun dah beranak tapi perut masih besar, macam ada anak lagi dalam perut, padahal dah masuk 10 hari dah. Susunya bukan main banyak, anak sekor tu hanya dok hisap sebelah tetek je, jadi hari-hari nak kena perah susu tetek yang sebelah lagi tu. Mak dia ni fullblood, ada cert lagi. Kambing ni dah bunting di Australia lagi, jadi kami tak tau sapa bapak dia. Kalu ikut kata Bang Shukur Dusun Agro, kat ladang dia ambik kambing ni tak campur kambing lain semua kalahari je kira semua fullblood le takde crosbreed.

Kandang Baru Untuk Kambing Susu Dan Feral

Bulan lepas kami ada bawa masuk baka kambing saanen dalam usaha untuk supply susu kambing dan juga baka kambing susu pula. Sebuah kandang baru bagi menempatkan kambing saanen ini telah kami bina dengan menggunakan kayu terpakai. Kos keseluluruhan kandang bersaiz 20x 20 kaki ni murah je, sekitar RM5000.00. Gambar kandang ni diambil masa belum siap sepenuhnya, tapi sekarang dah siap sepenuhnya dan dah masuk kambing dah.

Kami juga ada bawa masuk kambing feral dan boer weather untuk akikah, sembelihan dan kenduri-kendara. Harga tak mahal, dari RM550 bergantung kepada berat kambing. Kepada yang berminat boleh hubungi kami. Jualan borong juga boleh diuruskan dan harga boleh runding (minima 5 ekor, harga RM500/ekor ex-kandang kami).