Spiga

PENTERNAK DAN PEMBEKAL BAKA KAMBING BOER

Kami adalah penternak dan pembekal baka kambing boer, saanen, kalahari dan jamnapari di Kelantan

`AMIN'- Penyambut Tetamu / `Jaga' Diladang Kami

Rottweiler kami, si Amin dah besar panjang sekarang ni. Walau camnapun umurnya tak sampai setahun lagi, jadi perangai budak-budak tu masih ada lagi, nak main dengan semua orang. Kecuali orang tu betul-betul orang yang dia tak kenal, baru le dia tenung dengan garang dan tak bagi orang dekati dia. Muka Amin ni tak berapa friendly le membuatkan orang gerun pada dia. Jadi buat masa sekarang ni kami tambat dia jauh-jauh, jaga rumah burung..
Mulanya dulu Amin ni namanya Awe. Kami tukar namanya kepada Amin ambik sempena nama pekerja indon kami yang berenti kerja kerana pemalas dan tak sanggup berkerjasama dengan awe untuk jaga kambing-kambing kami ni. Sekarang ni kami ada pekerja baru, takle rajin mana, tapi boleh le daripada takde pekerja. Cuma kita ni nak kena rajin le sikit.... rajin tengok, rajin suruh, rajin bebel dan rajin marah...baru le kerja berjalan lancar. Hasil kerja yang boleh bangga sikit dengan pekerja indon kami yang namanya `Kiki' ni, rumput napier india yang dia tanam nampak subur dan cantik. Tu pun puas bersuruh bubuh baja taik kambing..

LANDAK RAYA DAN NANGKA MADU

Pada minggu lepas saya pergi melawat seorang kawan yang menjalankan projek penternakan landak raya di Melaka. Pengusaha ini agak kedepan sedikit dalam bidang pertanian ni. Dia ada jalankan macam-macam projek pertanian seperti pengeluaran baja organik, penternakan rusa, ladang pittaya dan yang terbaru, ternak landak dan nangka madu secara komersial.
Beliau dah ada lebih kurang 100 ekor landak sekarang ni dan dalam proses untuk menambahkan lagi bilangan induknya. Bela landak ni agak sukar sedikit kerana benda baru dan banyak perkara perlu dipelajari, kata Mr. chua, pengusaha landak ni. Cabarannya memang besar, dari nak dapatkan lesen, baka sehinggalah nak biakkannya, semuanya susah. Tapi pulangannya lumayan bila berjaya nanti..Kepada sesiapa yang berminat untuk membela landak ni barang diingat, ianya binatang liar yang diperlindungi, perlu mendapat permit khas untuk memelihara landak dari Jabatan PERHILITAN. Jabatan PERHILITAN memang menggalakkan pengusaha yang berminat mengusahakan penternakan secara kormersial, nak main-main, suka-suka tak boleh...
Mr. Chua juga mengusahakan penanaman nangka madu CJ30 diladangnya seluas 3 ekar. Menurutnya nangka mempunyai ni mempunyai potensi dan nilai komersial dan amat menguntungkan. Mengikut congakan beliau yang mempunyai 700 batang pokok nangka madu ni, menganggarkan boleh memberi pulangan sekitar RM300,000.00 setahun bila mengeluarkan hasil apabila pokok berumur 2 tahun nanti. Saya tanya dia macamana cara kira tu. Katanya nangka berbuah sepanjang tahun, tempoh matang dari putik hingga buah masak 3 bulan. Ambil pada kadar paling minina 2 biji semusim sepokok, bermakna nangka mengeluarkan 8 biji sepokok setahun. Buah nangka beratnya anggaran 20 kilo sebijik dan harga pemborong RM2.50 sekilo...belum kira harga export lagi tu. Lu kira la sendiri hasilnya..dekat RM300K tu...
Kita ni penternak kambing, kalau ada tanah memang sesuai benar le tanam nangka ni. Daun nangka kambing suka, kandungan protin pun tinggi. Tak dapat buah nangka pun tak pe, daun nangka kambing pun dah untung dah. Kat Siam nangka kering/ kerepek nangka memang sedap. Pernah minum air gelas besar di Kuala Terengganu.. sedap oii, gelas 1liter minum buleh habis sorang...Paling tak buleh buat apa, gulai je nangka putik tu, kira gulai landak le tu...Jom kita pakat tanam nangka keliling kandang kambing pulak...

Rumah Burung Walet Dimasuki Pencuri

Pada malam ahad lepas, rumah burung walet kami dipecah masuk oleh pencuri. Sekarang ni musim hujan lebat dan banjir di Kelantan, jadi pekerja kami agaknya tidur mati malam tu, tak dengar orang pecah pintu rumah burung tu. Lagipun rumah burung tu terletak agak jauh sedikit dari rumah pekerja, jadi mungkin tak dengar orang pecahkan pintu. Rottweiler pun kami letak kat kandang kambing dan berkurung dalam sangkar. Lagipun masih anak, cuma pandai salak sikit-sikit je baru.
Rumah burung kami ni sebenar burung baru start buat sarang je, jadi bilangan sarang yang ada tak banyak mana. Habis semua sarang yang ada kena sapu. Yang kami frust nye tu adalah kesan atau akibatnya keatas burung tu. Tak tau lah kami samada burung-burung tu merajuk atau datang lagi ke tidak lepas ni. CD player, semua peralatan audio suara burung habis dihangkutnya. Jadi sekarang ni pakai player dan musik sementara sebelum dapatkan balik suara asal. Burung pun dah dah tak banyak dah yang datang.
Banyak sungguh dugaan dan cabaran projek burung layang-layang ni. Mula-mula dulu burung hantu. Dah dapat atasi burung hantu, ada pulak hantu si penyamun pulak. Kami pun taktau le samada ni semua dugaan dan cabaran atau kecelakaan. Walau macamanapun, apa boleh buat, hanya sabar dan reda dengan ketentuanNya. Yang penting kita tak boleh putus asa. Semua peralatan baru dah beli, insyallah tak ada aral melintang, khamis ni siap pasang baliklah semuanya...

Boer F5/F6 Bunting Untuk Dijual

Seminggu sebelum puasa yang lepas, kami telah bawa masuk sedikit boer F5 betina dan juga saanen FB untuk dikahwinkan dengan pejantan unggul kami. Kesemuanya pada pemerhatian kami, dah bunting. Kepada penternak-penternak yang nak cepat dapat anak kambing, boleh le datang pilih. Nak jamin tu tak boleh le, tapi insyallah, simpan 3 atau 4 bulan, beranak le dia.
Pejantan Boer kami adalah bloodline `JoeDirt' dari ladang Chevreedor. Gambar kat belakang tu, umur dah nak masuk dua tahun. Boleh tahan le hansem rupanya. Body score pun orait, saiznya pun kalu tak sampai 100kg, dah dekat le. Pejantan selingan kami pakai Kalahari FB dari Kurrajong.
Tentang harga standard le, bunting 1-2 bulan RM1500, bulan depan nai harga RM1900, pasal dah kira bunting 3 bulan. 3 bulan ke atas orang tak mintak beli lagi mujur, pasal tak lama dah nak beranak dah..

Anak Kambing Boer Purebreed Untuk Dijual

Setelah hampir setahun beroperasi, kambing-kambing di kandang kami dah mula mengeluarkan anak-anak jenerasi pertamanya. Selama ni kami dok banyak tumpukan kepada jual beli kambing je, sampai kambing sarat nak beranak pun kami jual juga, jadi lambatlah sikit dapat hasil dari jualan anak-anak ni. Ibu-ibu boer yang kami simpan kesemuanya purebreed F5/F6, jadi anak-anak yang ada ni pun boleh dikatakan semuanya sedap mata memandanglah kiranya.


Buat masa sekarang ni kami ada 40 ekor anak boer yang ready untuk dipilih oleh yang berminat, cuma ada sesetengah tu belum cukup 3 bulan dan tak cerai susu lagi. Anak kali ni lebih drp separuh jantan, betina ingat dalam 10 ekor je. Yang agak outstanding sikit siang-siang lagi orang dah booking dah. Jadi kepada penternak-penternak yang nak cari baka tu boleh le berkunjung ke kandang kami.


Istimewanya local breed ni kambing agak jinak, seronok buat main, macam anak jamnapari jugaklah manjanya. Yang sekor ni kegemaran anak bongsu saya, dibuatnya macam kuda pulak. Yang kat bawah ni ,`Gedebe' anak kalahari FB, umur dah masuk 3 bulan dah ni, saiz jangan cerita la mcm bapak kambing kampung dah. Sorry le yang ni untuk display saja...